By Expedia Team, on September 28, 2019

8 Aktiviti di Ibu Kota Kemboja, Phnom Penh 

Phnom Penh, ibu kota Kemboja yang penuh dengan sejarah dan masa silam yang tragedik. Lawatan saya kali ini bukan sahaja membawa saya ke beberapa lokasi bersejarah yang penting bagi Kemboja, malah turut serta bersantai bersama penduduk tempatan. Antara aktiviti menarik yang saya lakukan adalah:

Monumen dan Seni Bina Bersejarah

independence-monument-phnom-penh

cambodia-vietnam-friendship-monument-phnom-penh

Disebabkan oleh banyak peristiwa dan sejarah yang dilalui oleh negara ini, di sekitar bandar Phnom Penh saya dapat melihat banyak monumen-monumen yang diletakkan bagi memperingati sesuatu peristiwa seperti monumen bapa kemerdekaan yang berada di tengah dataran Sihanouk Boulevard dibina pada tahun 1958 setelah mendapat kemerdekaan daripada France.

Yang menarik tentang monumen ini adalah lokasinya yang terletak di tengah bandar dan secara tidak langsung ianya sentiasa mengingatkan orang ramai tentang betapa pentingya kemerdekaan yang dicapai. Selain itu terletak tidak jauh adalah tugu persahabatan antara Kemboja dan Vietnam.

Keunikan Kuil Wat Phnom

wat-phnom-phnom-penh

inside-wat-phnom-phnom-penh

Dalam banyak-banyak kuil yang terdapat di sekitar Phnom Penh, Wat Phnom yang paling menarik saya lawati. Ini kerana selain beberapa pagoda besar yang terdapat di perimeter kawasan kuil, bahagian dalam kuil ini yang paling mencuri perhatian saya kerana di setiap bahagian dinding sehingga ke bumbung, ianya dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menceritakan tentang kisah tertentu. Ianya kelihatan sangat unik dan tidak pernah saya lihat di mana-mana kuil sebelum ini. Tambahan pula, sewaktu lawatan saya, terdapat upacara keagamaan yang sedang dilansungkan, jadi dapat juga merasa suasana dan melihat upacara penyembahan.

Kediaman Rasmi Diraja Royal Palace

royal-palace-phnom-penh

outside-royal-palace-phnom-penh

mural-royal-palace-phnom-penh

Lawatan ke Royal Palace menjadi salah satu highlight saya disebabkan oleh seni bina banggunan di sini terutama sekali bumbungnya dengan ukiran yang unik dan mencuri perhatian dari jauh lagi. Yang menariknya istana ini masih menjadi kediaman rasmi oleh raja Khmer dan disebabkan itu, terdapat beberapa seksyen yang ditutup atas tujuan keselamatan. Walaubagaimanapun, bahagian yang dibuka masih berbaloi untuk dilihat dengan seni bina klasik yang unik. Di sini juga terdapat galeri yang mempamerkan beberapa barangan seperti pakaian khas yang akan dipakai oleh raja dalam upacara tertentu seperti di upacara tradisional, uniform bagi upacara ketenteraan, dan juga pakaian bagi dayang istana.

Tuol Sleng Genocide Museum 

doorway-tuol-sleng-genocide-museum-phnom-penh

tuol-sleng-genocide-museum-phnom-penh

Dengan sejarah silam yang terpahat dalam sejarah Kemboja, lokasi ini menjadi tumpuan utama saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi sewaktu pemerintahan rejim Khmer. Muzium ini bukan sekadar tempat biasa kerana ianya merupakan lokasi sebenar yang digunakan oleh tentera rejim Khmer dengan lebih daripada 150 sel tahanan yang dibina untuk tujuan penyiksaan. Melihat suasana di dalam bahagian penjara di sini memang menyedihkan dan pada masa sama turut mengerikan saya dengan hanya berfikir bagaimana mereka melalui semua ini. Lawatan ke sini memang cukup bermakna dan memberikan kesan kepada saya dengan gambar-gambar yang dipamerkan dengan sangat detail. Ianya sangat penting untuk mengingatkan orang ramai supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Melihat Sunset di Sungai Mekong

mekong-river-phnom-penh

royal-palace-sunset-phnom-penh

crepe-phnom-penh

Lokasi di hadapan sungai Mekong menjadi lokasi kegemaran saya untuk meluangkan waktu petang. Suasana di sini memang cukup meriah dan dipenuhi dengan penduduk tempatan yang datang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Turut serta, ramai para penjual yang menjual snek tempatan yang saya menarik perhatian saya untuk mencubanya. Pemandangan sunset di sini juga tidak kurangnya dengan berlatar-belakangkan Royal Palace, memang indah. Lebih menarik, di sini memang terdapat banyak burung merpati yang bebas bertebangan, menambahkan lagi suasana ceria di sini. Selain itu, anda juga boleh menaiki bot menyelusuri sungai Mekong dan menikmati suasana sunset dengan lebih istimewa.

Mencuba Makanan Lokal

food-div

night-market-phnom-penh

street-food-phnom-penh

fried-noodles-phnom-penh

Kebanyakkan makanan yang saya cuba adalah makanan jalanan seperti mi goreng dan beberapa lagi jenis makanan di pasar malam. Yang menariknya tentang masakan Khmer ialah sos yang digunakan dalam masakan mereka yang memberikan satu rasa berbeza dari masakan lain pernah saya rasa. Dan kebanyakkan dari makanan jalanan di Phnom Penh bermula dari USD$2, sedikit mahal berbanding di Siem Reap, namun masih berbaloi dengan saiz hidangan. Selain itu, saya sempat juga untuk mencuba makanan di shopping mall seperti beef sandwich yang kelihatan seperti Subway tetapi jenama tempatan.

Shopping di Central Market

central-market-phnom-penh

inside-central-market-phnom-penh

Lawatan saya pasti tidak lengkap jika tidak berkunjung ke tempat yang sering menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan seperti Central Market. Malah, pasar ini juga menjadi pilihan bagi para-pelancong untuk datang membeli-belah cenderamata kerana pasar ini terdiri daripada dua bahagian dimana terdapat tempat jualan hasil tani di bahagian luar dan juga barangan seperti kraftangan, pakaian dan juga barang perhiasan diri yang diperbuat daripada gangsa. Di bahagian dalam pasar ini memang agak padat dengan kedai menjual pelbagai jenis barangan, dan bagi saya walaupun jika anda tidak ingin membeli, boleh juga datang untuk merasai suasana di sini.

Suasana Bandar Phnom Penh 

Sihanouk-Boulevard-plaza-phnom-penh

outside-Sihanouk-Boulevard-plaza-phnom-penh

Saya banyak menghabiskan masa dengan menerokai di setiap bahagian bandar dengan berjalan kaki melihat seni bina yang berada di luar kawasan tarikan pelancong. Dan bagi saya aktiviti di Phnom Penh seharusnya lebih dari sekadar melawat tempat-tempat bersejarah. Ianya lebih kepada melihat cara kehidupan masyarakat tempatan dan merasai suasana yang berbeza daripada bandar-bandar lain di Asia. Terutama sekali pada waktu petang di mana suasana tampak lebih tenang dan saya turut bersama penduduk tempatan meluangkan masa dengan bersiar-siar di dataran Sihanouk Boulevard dan melihat orang ramai melakukan aktiviti riadah. Pada waktu malam, keadaan di sekitar bandar juga kelihatan meriah dengan diterangi lampu daripada banggunan tinggi.

Tempat Tinggal

rachana-hostel-phnom-penh

Sepanjang 3 hari 2 malam berada di Phnom Penh saya menginap di Rachana Hostel kerana lokasinya yang terletak dengan hanya jarak berjalan kaki daripada beberapa tarikan utama di sekitar bandar memudahkan saya dan dapat berjimat dalam kos pengangkutan. Selain itu, hostel juga terletak berdekatan dengan kedai runcit dan turut mempunyai cafe di bahagian bawah.

Lawatan ke Phnom Penh memberikan sedikit sebanyak kesan kepada saya terutama sekali apabila mengetahui tentang sejarah dan kisah silam yang dilalui oleh sebahagian besar penduduknya dan pelbagai jenis pelajaran yang berharga dapat saya ambil.

[tabs]

[tab title=”Where to Stay” icon=”entypo-suitcase”]

[button style=’blue’ icon=”entypo-suitcase” url=’https://www.expedia.com.my/Phnom-Penh-City-Centre-Phnom-Penh-Hotels.0-n6191803-0.Travel-Guide-Filter-Hotels’ fullwidth=’true’] Find Hotels in Phnom Penh [/button]

[/tab]

[tab title=”Let’s Go!” icon=”entypo-flight”]

[button icon=”entypo-flight” url=’https://www.expedia.com.my/Cheap-Flights-To-Phnom-Penh.d6191801.Travel-Guide-Flights’ fullwidth=’true’] Flights to Phnom Penh [/button]

[/tab]

[/tabs]