By Expedia Team, on January 14, 2020

9 Aktiviti Menarik di Hoi An Selama 3 Hari 2 Malam

Bermula daripada reka-bentuk banggunan lama dengan pengaruh dari budaya Cina dan Jepun, lampu tanglong digantung menghiasai sekitar kawasan pekan, semuanya tentang pekan Hoi An membuatkan saya berasa seperti berada pada suatu zaman yang berbeza. Antara perkara menarik yang saya lakukan sepanjang 3 hari berada di sini adalah:

Banh Mi Terbaik di Vietnam

food-div

Local-food-banh-mi-hoi-an

Sepanjang perjalanan di Vietnam, saya telah mencuba pelbagai jenis makanan lokal masyarakat Vietnam di beberapa daerah yang berbeza dan boleh saya katakan Banh Mi di Hoi An adalah yang terbaik. Dan yang lebih unik Banh Mi di sini terdapat dalam pelbagai jenis yang tidak didapati di tempat lain seperti kegemaran saya iaitu Banh Mi Cheese yang dihidangkan bersama yogurt cheese dan sayuran.

Shopping di Hoi An

Shopping-lamps-hoi-an

Shopping-dress-hoi-an

Walaupun saya tidak mempunyai niat untuk membeli-belah, namun berjalan-jalan mencuci mata di sini menjadi satu aktiviti yang menarik. Banyak barangan dijual di sini menarik perhatian saya terutama sekali lampu tanglong yang banyak sekali dijual dengan setiap satu mempunyai corak dan seni masing-masing. Dan harga yang ditawarkan juga tidak mahal bagi saya yang bermula daripada US$8 bagi saiz kecil. Berjalan lagi ke hadapan terdapat pula deretan kedai yang menjual pakaian tradisional Vietnam yang sering saya lihat dipakai oleh penduduk tempatan.

Menempah Barangan Kulit

Handmade-leather-products

Leather-sandals-hoi-an

Membeli barangan kulit menjadi satu daripada aktiviti yang terkenal di Hoi An. Di sepanjang laluan terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan kulit homemade seperti bag, kasut, dan yang lebih menarik adalah anda boleh menempah khas mengikut citarasa anda sendiri. Melihat daripada kualiti yang ditawarkan, bagi saya mereka kelihatan amat bagus dengan jahitan yang kemas.

Japanese Bridge

Japanese-bridge-hoi-an

Japanese-bridge-hallway-hoi-an

Melihat kepada seni dan reka bentuk kedai-kedai di sini memang terdapat banyak pengaruh daripada Chinese dan Juga Japanese yang pernah bertapak di kawasan ini pada satu masa dahulu. Menjadi tarikan yang paling mendapat tumpuan adalah Japanese bridge yang dibina oleh tentera Jepun untuk menghubungkan dua kawasan dengan Chinese quarter di sebelah. Saya juga mendapat tahu bahawa jambatan ini pertama kali dibina pada tahun 1590 dan telah pun berusia lebih daripada 400 tahun!

Terokai Kawasan Sekitar / Nightlife

Shop-town-hoi-an

Night-boat-ride-hoi-an

Menerokai setiap sudut kawasan sekitar pekan dan cuba untuk menyerap suasana persekitaran adalah sesuatu yang harus dilakukan bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini untuk menghayati hasil seni dan sejarah yang terdapat di sini. Seperti reka bentuk kedai-kedai disini yang menarik perhatian saya kerana mereka membuatkan saya berasa seperti berada di China pada tahun 80an. Pada waktu malam pula, pekan ini menjadi sangat meriah terutama sekali di kawasan sungai dimana anda boleh menaiki bot untuk mengelilingi kawasan sekitar pekan. Dan hampir keseluruhan pekan ini dihiasi dengan lampu tanglong yang memeriahkan lagi suasana malam.

Makanan Tempatan

food-div

Local-drink-hoi-an

Local-food-noodles-hoi-an

Di sini terdapat banyak gerai menjual pelbagai jenis menu hidangan yang walaupun kadang kala sukar untuk saya meneka hidangan apakah ianya, namun ada di antara mereka menjadi satu daripada menu terbaik yang saya cuba seperti minuman Thâp Câm! Ianya dihidangkan bersama beberapa jenis kekacang dan beberapa lagi isi yang saya juga tidak pasti, namun rasanya memang unik dan sedap. Di pasar Cho Hoi An pula, saya mencuba menu Cao Láo Tôm iaitu mi udang bersama jus mango + strawberry. Yang berbeza tentang mi udang tersebut adalah tekstur mi yang sedikit tebal berbanding mi lain yang pernah saya cuba, dan sudah tentu kuahnya juga rasa berbeza!

Day Tour ke Da Nang

Danang-city-Vietnam

Dragon-bridge-danang

Terletak 40 minit sahaja dari Hoi An, suasana di Da Nang agak berbeza dengan pencakar langit tinggi dan lebih moden. Untuk ke sini saya menaiki bas awam yang boleh didapati di stesen bas Nguyen Tat Thanh dengan bayaran VND 20,000 sahaja sehala! Lebih menarik adalah lokasi bandar ini yang terletak betul-betul di persisiran pantai, dengan suasana tropikal dan tiupan angin sepoi-sepoi menjadikanya antara bandar yang unik pernah saya lawati. Selain itu, dari jauh Dragon Bridge mencuri perhatian saya dengan ukiran naga berwarna emas yang menjadi tiang bagi jambatan tersebut!

Pantai An Bang

an-bang-beach-huts-hoi-an

an-bang-beach-waves-hoi-an

Di Hoi An, terdapat dua pantai yang terletak berdekatan namun An Bang menjadi pilihan saya kerana di sepanjang persisiran pantai saya dapat melihat pemandangan gunung-ganang yang terletak di hadapan pantai. Menghabiskan waktu petang di pantai ini cukup menenangkan, lebih-lebih lagi tanpa muzik yang terlalu kuat datang daripada bar yang selalunya menjadi tarikan ramai pelancong dan boleh merosakkan suasana aman di tepi pantai.

My Son Temple

My-son-temple

My-son-temple-area

Berada di Vietnam, siapa sangka bahawa di sini juga terdapat sebuah lokasi luar dari pekan Hoi An yang dikenali ramai sebagai “Mini Angkor Wat”. Yang menariknya, dalam satu kawasan saya dapat melihat dengan lebih daripada 10 struktur banggunan yang terletak tidak jauh dari antara satu sama lain dan ada juga diantara mereka yang sedikit musnah kesan daripada bom tentera Amerika ketika perang Vietnam. Jika dilihat pada dinding kuil juga terdapat banyak simbol-simbol yang melambangkan Dewa Shiva dalam kepercayaan Hindu.

Tempat Tinggal

Accommodation-hoi-an

Sepanjang 3 hari 2 malam berada di sini, saya menginap di dorm bersama backpackers lain di The Hoi An Villa kerana harga yang ditawarkan adalah antara yang termurah boleh didapati. Selain itu, lokasinya yang terletak di tengah pekan dengan jarak hanya 5 minit berjalan kaki ke tempat tumpuan ramai seperti Japanese Bridge dan walking streets yang dibarisi deretan kedai-kedai makanan dan juga cenderamata.

Jadi mencari tempat penginapan di sekitar Pekan Hoi An adalah yang lebih baik kerana memudahkan anda untuk menerokai pekan kecil ini tanpa perlu menaiki teksi. Kenangan saya di Hoi An agak unik kerana pekan lama ini memberikan satu pengalaman seakan kembali ke masa silam dengan suasananya yang harus dirasai oleh anda semua.

[tabs]

[tab title=”Where to Stay” icon=”entypo-suitcase”]

[button style=’blue’ icon=”entypo-suitcase” url=’https://www.expedia.com.my/Hoi-An-Hotels.d6034264.Travel-Guide-Hotels’ fullwidth=’true’] Find Hotels in Hoi An [/button]

[/tab]

[tab title=”Let’s Go!” icon=”entypo-flight”]

[button icon=”entypo-flight” url=’https://www.expedia.com.my/Flights-To-Hoi-An.d6034264.Travel-Guide-Flights’ fullwidth=’true’] Flights to Hoi An [/button]

[/tab]

[/tabs]