By Expedia Team, on November 5, 2019

Terokai 8 Perkara Menarik di Ninh Binh, Vietnam 

Ninh Binh boleh dikatakan adalah daerah yang paling saya gemari sepanjang berada di Vietnam. Bermula dari kawasan sekeliling yang sangat hijau dikelilingi bukit-bukau, cuaca yang sejuk sekitar 18 darjah Celsius, dan juga keadaan yang kurang sibuk jika nak dibandingkan dengan destinasi lain di sekitar menjadikanya kawasan yang sangat tenang dan damai.

Cara Untuk Kesini 

Saya memulakan perjalanan dari Hoi An dengan mengambil bas pada waktu tengahari dan perjalanan untuk sampai ke Ninh Binh memakan masa sekitar 16 jam. Saya tiba di Ninh Binh sekitar jam 3 pagi.

Hang Mua Viewpoint 

Hang-Mua-viewpoint-peak

Hang-Mua-viewpoint-panorama

Untuk ke viewpoint ini saya menyewa basikal dengan harga 50k VND dan bergerak ke lokasi mengikut arah di Google Maps. Jalan untuk ke lokasi sangat mudah tanpa banyak selok-belok dan juga tidak terlalu jauh sekitar 3km sahaja dari tempat penginapan saya. Bayaran dikenakan untuk tiket masuk berharga 100k VND yang mana bagi saya berbaloi dengan pemandangan yang bakal dinikmati.

Untuk sampai ke puncak, saya perlu mendaki kira-kira 500 anak tangga, namun disebabkan keadaan sekeliling yang agak sejuk, memang tidak terasa penat langsung. Pemandangan melihat panorama kawasan sekitar yang dikelilingi bukit-bukau dan sawah padi dari atas memang cukup menakjubkan dan pada masa yang sama sangat menenangkan fikiran saya.

Menaiki sampan di Tam Coc 

Tam-coc-boat-ride-mountains

Tam-coc-boat-ride-portrait

Demi merasai pengalaman ini saya terpaksa membayar tiket berharga 270k VND untuk satu sampan yang mana jika anda datang bersama kawan-kawan, harganya lebih murah kerana boleh berkongsi kos bagi satu sampan yang mampu memuatkan 4-5 orang. Salah satu perkara yang membuatkan saya tertarik untuk cuba menaiki sampan ini adalah apabila melihat orang-orang disini mengayuh sampan menggunakan dengan kaki mereka!

Setelah bertanya, mereka berkata dengan teknik tersebut ianya dapat mengelakkan dari mengalami sakit belakang. Perasaan yang saya dapat ketika menyelusuri sungai ini memang cukup luar biasa, terutama sekali dengan keadaan sekeliling pada ketika itu yang dilitupi kabus tebal mengingatkan saya seperti berada di Jurassic Park.

Berbasikal di kawasan pendalaman 

Ninh-Binh-village-area

Ninh-Binh-local-fishing

Dengan cuaca di Ninh Binh yang sangat menyamankan ditambah pula dengan keadaan trafik yang tidak sibuk, memang sangat sesuai untuk terokai sendiri kawasan sekitar dan keluar dari kawasan tarikan pelancong untuk lebih mengetahui tentang sesuatu lokasi. Saya dapat melihat perkampungan penduduk tempatan dan juga rutin harian mereka seperti dimana ada antara meraka yang berkerja sebagai petani di sawah dan ada juga yang meluangkan masa dengan memancing di sungai selain bergantung kepada industri pelancongan.

Selain itu, penduduk disini juga sangat peramah dan ada diantara mereka yang cuba untuk berbual dengan saya walaupun terdapat batasan dari segi bahasa, namun kami masih boleh tersenyum dan ketawa bersama.

Mencuba makanan jalanan 

food-div

Ninh-binh-street-food-stall

Ninh-Binh-street-food-banh-mi

Untuk mencari makanan yang sedap dan murah tidak susah disini kerana terdapat banyak gerai-gerai yang menjual sandwich tradisional Vietnam yang dikenali sebagai Banh Mi. Ianya boleh didapati dalam pelbagai jenis namun kegemaran saya adalah vegetarian Banh Mi yang dihidangkan dengan telur dan sayuran dengan sos tempatan. Rasanya memang berbeza dan tidak sama seperti yang dibeli di Subway, mungkin kerana sos yang digunakan.

Terokai beberapa gua 

Ninh-Binh-caves

Ninh-Binh-boat-ride-caves

Selain dipenuhi dengan kawasan berbukit, terdapat juga beberapa gua yang terletak berdekatan dengan Hang Mua Viewpoint sempat saya terokai. Ianya satu pengalaman yang agak menerujakan bagi saya untuk masuk ke dalam gua berseorangan dan merasakan seperti berada di satu dunia yang berbeza melihat permukaan batu dinding gua yang begitu menarik perhatian. Namun saat yang sukar untuk saya lupakan adalah ketika menaiki sampan secara perlahan-lahan masuk ke dalam gua yang gelap gelita. Memang satu pengalaman yang cukup unik dapat melihat bentuk-bentuk formasi batu kapur yang agak rendah lalu di atas kepala.

Bich Dong Pagoda

Bich-dong-pagoda-gate

Bich-dong-pagoda-architecture

Sebaik sahaja melangkah masuk ke persekitaran kawasan kuil ini membuatkan saya berasa seperti kembali ke zaman silam dengan melihat reka bentuk bumbung, dan juga seni ukiran yang terdapat pada banggunan kuil. Yang membuatkan saya sukar untuk percaya adalah kuil ini dipercayai telah pun berusia lebih daripada 600 tahun dan mempunyai banyak sejarahnya yang tersendiri. Jadi bayangkan sajalah perasaan ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan kuil ini memang satu pengalaman yang sukar diungkapkan.

Phat Diem Cathedral

Phat-diem-cathedral

phat-diem-cathedral-inside

Walaupun bagi saya gereja ini terletak agak jauh dari pusat pekan Ning Binh sekitar 30km, namun ianya tidak rugi untuk kesini kerana lokasi dan saiz gereja berusia lebih dari 100 tahun ini cukup menakjubkan! Walaupun dibina dengan gabungan seni bina antara Vietnamese dan European, dengan sekali pandang ianya lebih kelihatan seperti sebuah kuil berbanding gereja bagi saya, dan itu yang membuatkanya unik kerana kelihatan berbeza dari mana-mana gereja yang pernah saya kunjungi sebelum ini.

Menu istimewa siput 

food-div

Ninh-Binh-locals-food-snails

Ninh-Binh-local-food-snails-sauce

Salah satu perkara yang menarik perhatian saya adalah terdapat beberapa restoran disini yang menghidangkan menu masakan tradisional masyarakat tempatan yang dikenali sebagai Oc Luoc Xa ataupun siput. Menu istimewa ini hanya boleh didapati di daerah Ninh Binh sahaja dimana siput-siput ini biasanya dikutip dari celah-celah batu bukit dan hanya terdapat dalam musim tertentu sahaja. Ianya boleh dimasak dalam pelbagai jenis menu hidangan mengikut citarasa anda seperti boleh dibakar, goreng, ataupun rebus. Namun bagi saya hidangan siput dimasak bersama serai dan dicicah bersama sos cili adalah satu hidangan yang berbaloi untuk dicuba!

Tempat tinggal

Ninh-Binh-accommodation

Sepanjang berada di Ninh Binh saya menginap di White Swan Hostel yang menawarkan kemudahan lengkap dan selesa pada harga murah terutama sekali bagi seorang backpacker.

Selain itu, saya memang mencadangkan anda untuk mencari tempat penginapan di sekitar kawasan Tam Coc kerana jaraknya hanya 10-15 minit sahaja daripada beberapa tarikan utama di sekitar Ninh Binh. Di sini juga terdapat banyak kedai makanan dan runcit yang boleh didapati jadi memang sangat mudah jika menginap di sini untuk mencari makanan pada bila-bila masa.

Ninh-Binh-surrounding-mountains

Berada di Ninh Binh memberikan saya satu kenangan yang cukup indah terutama sekali apabila teringat akan keindahan alam semulajadinya yang menenangkan hati dan fikiran. Dengan kawasan sekitar yang tidak sibuk seperti daerah lain, menjadikanya satu destinasi yang wajib dikunjungi apabila datang ke Vietnam.

[tabs]

[tab title=”Where to Stay” icon=”entypo-suitcase”]

[button style=’blue’ icon=”entypo-suitcase” url=’https://www.expedia.com.my/Ninh-Binh-Hotels.d6125119.Travel-Guide-Hotels’ fullwidth=’true’] Find Hotels in Ninh Binh [/button]

[/tab]

[tab title=”Let’s Go!” icon=”entypo-flight”]

[button icon=”entypo-flight” url=’https://www.expedia.com.my/Cheap-Flights-To-Ninh-Binh.d6125119.Travel-Guide-Flights’ fullwidth=’true’] Flights to Ninh Binh [/button]

[/tab]

[/tabs]