By Expedia Team, on September 14, 2019

8 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mui Ne

Sepanjang perjalanan saya di Vietnam, Mui Ne adalah salah satu destinasi yang paling saya gemari dengan lokasinya yang terletak di persisiran pantai, pemandangan sunset disini memang sukar untuk saya lupakan! Dan walaupun hanya sebuah perkampungan nelayan yang kecil, Mui Ne kaya dengan lokasi-lokasi menarik dan keunikan alam-semulajadi yang tidak dapat dijumpai di negara lain sekitar ASEAN.

Cara untuk kesini

transporation-mui-ne

Saya memulakan perjalanan ke Mui Ne dengan menaiki sleeper bas dari Ho Chi Minh City yang mengambil masa sekitar 3 jam sahaja. Bayaran tiket pula berharga 150 ribu Vietnam Dong yang saya beli di pejabat travel agency sekitar Ho Chi Minh City.

White Sand Dunes

white-sand-dunes-mui-ne

mui-ne-white-sand-dunes

jIni merupakan kali pertama saya untuk memijakkan kaki di padang pasir dan memang teruja dibuatnya. Kawasan ini memang sangat luas yang kalau melihat kawasan sekeliling memang nampak padang pasir sahaja. Ramai yang sanggup bangun seawal jam 5 pagi semata-mata untuk datang ke White Sand Dunes untuk merasai suasana ketika sunrise yang pada saya memang tidak harus dilepaskan! Salah satu aktiviti yang cukup popular disini adalah anda boleh menyewa quad bikes dan menunggang ke kawasan padang pasir yang lebih tinggi untuk mendapatkan pemandangan panorama yang lebih baik. Ini merupakan kali pertama saya untuk memijakkan kaki di padang pasir dan memang teruja dibuatnya. Kawasan ini memang sangat luas yang kalau melihat kawasan sekeliling memang nampak padang pasir sahaja. Ramai yang sanggup bangun seawalIni merupakan kali pertama saya untuk memijakkan kaki di padang pasir dan memang teruja dibuatnya. Kawasan ini memang sangat luas yang kalau melihat kawasan sekeliling memang nampak padang pasir sahaja. Ramai yang sanggup bangun seawal

Fishing village

view-fishing-village-mui-ne

fishing-village-mui-ne

Selepas melihat sunrise, saya sempat singgah di perkampungan nelayan dimana pada waktu pagi terdapat ramai nelayan menjual hasil tangkapan mereka yang baru sahaja turun dari laut. Suasana disini memang sibuk kerana urusan jual beli, namun agak menarik bagi saya kerana dapat melihat urusan seharian yang sudah biasa bagi penduduk tempatan dan menjadi sebahagian daripadanya. Hasil-hasil tangkapan laut juga memang cukup kaya dan ada diantaranya yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Pantai Mui Ne 

sunset-mui-ne-beach

mui-ne-beach

Suasana waktu petang di Pantai Mui Ne memang cukup menenangkan saya. Keadaan pantainya juga bersih dan tidak sibuk, namun masih dapat dilihat orang ramai datang berehat, berjogging, dan mandi-manda di laut. Dan yang paling penting, sunset di pantai ini memang satu perkara yang sukar untuk saya lupakan! Saya melihat ke langit yang dibarisi dengan cahaya seakan pink dan oren menerangi suasana petang adalah antara memori terindah sepanjang perjalanan saya di Vietnam.

Hidangan Makanan Laut Segar 

food-div

cooking-seafood-mui-ne

seafood-mui-ne

Jika datang ke Mui Ne memang tidak lengkap tanpa mencuba hidangan makanan laut disediakan bersama sos citarasa tempatan yang banyak boleh didapati disini seperti lobster, ketam, dan banyak lagi yang tidak pernah saya lihat sebelum ini! Malah sepanjang saya berehat menikmati suasana pantai juga akan datang orang ingin menjual makanan laut seperti kerang bakar untuk terus dimakan disitu. Boleh dikatakan makanan laut adalah makanan utama bagi penduduk disini dan sangat rugi jika anda melepaskan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru seperti masakan tempatan.

Fairy Stream

fairy-stream-climb-mui-ne

fairy-stream-mui-ne.

Menerokai kawasan ini memang satu pengalaman yang cukup unik dan tidak pernah saya terbayangkan untuk berada di lokasi dengan persekitaran seperti disini. Sepanjang saya berjalan di terusan air ini melihat rupa bentuk bumi yang aneh namun menakjubkan buat masa yang sama memang satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Saya dapat melihat kawasan dengan kontra yang disebelah kanan adalah tumbuhan hijau dan di kiri pula formasi batu kapur memang membuatkan kawasan ini cukup unik. Jika berjalan sampai ke hujung terdapat sebuah air terjun kecil yang merupakan punca air di kawasan ini.

Ham Tien Market

food-ham-tien-market

ham-tien-market-mui-ne

Untuk menerokai kawasan sekitar dengan lebih baik, saya memilih untuk menyewa basikal dengan harga 70 ribu VND. Ianya memberikan saya lebih fleksibiliti untuk menerokai kawasan sekitar Mui Ne dengan lebih baik seperti ke kawasan yang selalunya tidak akan dikunjungi kumpulan pelancong dan hanya didatangi oleh penduduk tempatan. Malah kawasan ini bagi saya selamat untuk berbasikal dan keadaan trafik juga tidak sesak. Saya berkesempatan untuk singgah di Ham Tiem Market dan melihat pelbagai jenis makanan tradisional mereka dan hasil jualan tempatan.

Red Sand Dunes 

jump-red-sand-dunes

red-sand-dunes-mui-ne

Jika harus dipilih antara White atau Red Sand Dunes, saya lebih memilih Red Sand Dunes kerana bagi saya suasana dan persekitaran disini terasa lebih seperti berada di negara timur tengah. Malah gambar yang diambil juga nampak lebih vibrant! Berjalan-jalan di kawasan ini cukup menenangkan dimana saya dapat menikmati pemandangan laut biru berdekatan yang pasti cukup cantik ketika senja! Yang lebih menarik, disini anda juga boleh menyewa papan luncur dengan harga 20 ribu VND. Melihat orang lain melakukanya memang nampak sangat menyeronokkan!

Tempat makan

food-div

street-food-mui-ne

traditional-food-mui-ne

Selain mencuba pelbagai jenis makanan laut, saya juga berkesempatan untuk mencuba kuih tradisional tempatan seperti  Banh Can yang dibuat daripada tepung beras dan daun bawang yang hanya boleh didapati di Mui Me sahaja dari serata Vietnam. Selain itu, yang paling sukar untuk saya lupakan adalah minuman yogurt mint yang sukar didapati di tempat lain dan ianya cukup menyegarkan diminum dalam cuaca panas.

Tips: Kebanyakkan kedai disini tutup sekitar jam 9 malam waktu tempatan, jadi pastikan anda makan malam sedikit awal.

Tempat penginapan

huang-ngoc-resort-sunset-mui-ne

huang-ngoc-resort-mui-ne

Sepanjang berada di Mui Ne saya memilih untuk menginap di Huang Ngoc Resort kerana lokasinya yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai dengan pemandangan sunset yang begitu cantik boleh dilihat dari sini. Selain itu, lokasinya juga memudahkan saya untuk keluar makan dengan banyak tempat makan dan kedai runcit terletak berdekatan dengan jarak berjalan kaki.

Dan memang saya sarankan untuk mencari tempat penginapan di sekitar Ham Tien kerana di Mui Ne kawasanya agak sepi dan jika anda menginap di lokasi yang jauh, agak sukar untuk mencari kedai terutama pada waktu malam. Bagi saya Mui Ne seharusnya berada dalam senarai anda jika datang berkunjung ke Vietnam kerana disini terdapat beberapa lokasi menarik yang tidak dapat ditemui di daerah lain sekitar Vietnam.

[tabs]

[tab title=”Where to Stay” icon=”entypo-suitcase”]

[button style=’blue’ icon=”entypo-suitcase” url=’https://www.expedia.com.my/Mui-Ne-Beach-Hotels.0-l6054403-0.Travel-Guide-Filter-Hotels’ fullwidth=’true’] Find Hotels in Mui Ne [/button]

[/tab]

[tab title=”Let’s Go!” icon=”entypo-flight”]

[button icon=”entypo-flight” url=’https://www.expedia.com.my/Cheap-Flights-To-Mui-Ne.d6054402.Travel-Guide-Flights’ fullwidth=’true’] Flights to Mui Ne [/button]

[/tab]

[/tabs]