10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran
Apabila bercakap tentang Singapore mungkin ramai yang menganggap ianya akan menelan belanja yang agak besar untuk bercuti di negara tersebut. Oleh itu, disini ingin saya kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan secara percuma dan berbaloi dengan harga yang dibayar sepanjang 3 hari 2 malam berada di sana:
1. Marina Bay Sands Observation Deck
Lawatan saya ke Singapore pasti tidak akan lengkap tanpa melawat banggunan ikonik Marina Bay Sands. Malah ianya menjadi salah satu sebab utama saya untuk datang dan melihat dengan sendiri kemegahannya. Dan sudah pasti apabila berada disini, saya tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai suasana di dalam hotel mewah ini.
Selain itu, saya juga berkesempatan untuk naik ke bahagian observation deck dengan bayaran berharga $23 SGD. Jangan risau! Pemandangan yang dapat saya nikmati amat berbaloi dengan harga yang dibayar. Lebih istimewa lagi apabila datang kesini pada waktu petang untuk menikmati suasana sunset yang tenggelam dibelakang bandaraya Singapore
2. Gardens by The Bay
Saya mengisi waktu petang dengan mengambil angin segar bersiar-siar di sekitar taman yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga ditanam. Saya melihat ramai juga penduduk tempatan yang memilih lokasi ini untuk melakukan aktiviti riadah seperti jogging dan meluangkan masa bersama ahli keluarga.
Taman ini dibuka kepada orang awam secara percuma dan apa yang lebih menarik disini ialah pada waktu malam saya dapat membawa bekal makanan sendiri dan berkelah sambil melihat pertunjukkan lampu pokok gergasi yang amat menghiburkan.
Tips: Datang awal bagi mendapatkan tempat duduk berkelah terbaik dimana pertunjukkan lampu yang pertama bermula pada jam 7:45 malam dan seterusnya pada jam 8:45 malam.
3. OCBC Skywalk @ Gardens by The Bay
Antara aktiviti wajib yang saya cadangkan untuk dicuba apabila ke Gardens by The Bay ialah OCBC Skywalk dimana saya berjalan di atas jambatan gantung setinggi 22 meter yang diikat pada pokok gergasi sambil dapat melihat pemandangan yang menakjubkan.
Bagi anda yang gemar mengambil gambar, disini anda dapat mengambil gambar dengan belatar-belakangkan bandaraya Singapore dan Marina Bay Sands. Malah dengan tiket hanya berharga $8 SGD, sememangnya satu pengalaman baik yang tidak harus dilepaskan!
Tips: waktu yang sesuai untuk kesini adalah waktu petang sekitar jam 6 dimana cuaca tidak terlalu panas dan berpeluang untuk melihat sunset dari atas jambatan. Dan pastikan anda datang awal kerana perlu beratur untuk naik ke atas.
4. Haji Lane
Apabila tiba disini saya amat kagum akan betapa terang dan bewarna-warni kawasan ini dengan lukisan mural di dinding menggambarkan gabungan pelbagai budaya yang kaya dan pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Walaupun saya tidak berhenti untuk membeli barang atau makan disini, saya amat puas dapat melihat kreativiti dan inspirasi terdapat di Haji Lane selain menjadi lokasi yang amat sesuai bagi anda yang gemar mengambil gambar untuk Instagram. Lokasinya juga berdekatan dengan tempat tinggal saya di New Society Backpackers Hostel sekitar 10 minit berjalan kaki.
Tips: Datang awal pada waktu pagi dimana masih tidak ramai orang dan peluang untuk mengambil gambar yang baik dan unik adalah lebih cerah.
5. Orchard Road
Bercakap tentang Singapore pasti ramai yang teringat akan Orchard Road yang terkenal dengan lambakan pusat membeli-belah barangan mewah dan sesetengah dari penjual juga menawarkan harga sale yang sukar untuk ditolak. Manakan tidak hampir setiap pelancong yang datang ke Singapore pasti akan tertumpu ke lokasi ini.
Saya menghabiskan masa disini dengan singgah ke beberapa pusat beli-belah seperti Paragon Mall dan berjalan-jalan melihat suasana di sepanjang jalan yang hampir 2 kilometer panjang walaupun kadang-kadang terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai, namun ianya memang satu pengalaman yang patut dirasai.
6. Lucky Food Centre
Apabila berkaitan makanan saya memilih untuk mencari lokasi-lokasi yang biasanya menjadi tumpuan rakyat tempatan biasa. Ianya membolehkan saya untuk mencuba citarasa menu tempatan dan makan bersama-sama penduduk tempatan merasai suasananya.
Disini terdapat banyak pilihan seperti “roasted chicken noodle”, “Wanton noodle soup”, dan banyak lagi. Dan bukan itu sahaja, disini saya boleh mendapat hidangan dengan serendah $3 SGD dimana mungkin yang termurah boleh didapati di Singapore.
7. Clarke Quay
Saya memilih lokasi ini sebagai salah satu lokasi terbaik untuk melihat dan mengambil gambar sunset di Singapore memandangkan sungai Singapore terletak di tengah dengan kehadiran bot-bot pelancong yang lalu lintas selain banggunan disini juga sangat terang dengan warna menjadikannya lokasi sesuai untuk Instagram.
Setelah matahari terbenam, saya menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sepanjang deretan restoran-restoran dan cafe untuk merasai suasana kehidupan malam di Singapore. Tempat memang penuh dengan orang ramai dan memang terasa kemeriahanya.
8. Masjid Sultan
Saya juga berkesempatan untuk melawat lokasi bersejarah iaitu Masjid Sultan dimana ianya merupakan salah satu masjid terpenting bagi komuniti masyarakat Islam Singapore. Melihat kepada warna yang dicat dan reka bentuk pada masjid ini memang agak berbeza dengan masjid-masjid lain yang biasa saya jumpa.
Saya mendapati bahawa tapak dimana masjid ini dibina dikhaskan oleh pihak British kepada umat Islam ketika mereka menawan Singapore pada tahun 1819. Masjid pertama dibina di tapak ini adalah pada tahun 1826 dan kemudian digantikan masjid yang berdiri sekarang yang dibina pada tahun 1928 hasil derma dari komuniti Muslim.
Tips: Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian menutup bahu dan lutut.
9. Fort Canning Park
Taman ini amat sesuai bagi anda yang mencari ketenangan jauh dari orang ramai dan kesibukkan bandar. Saya menghabiskan kira-kira 1 jam dengan hanya berjalan-jalan di sekitar sambil menghirup udara segar.
Di samping itu, saya juga mengambil kesempatan yang ada untuk membaca beberapa tanda kenangan mangsa yang terkorban dalam perang pada tahun 1942 yang terdapat pada dinding-dinding pagar. Ianya membuatkan saya untuk lebih menghargai keamanan yang kita ada.
10. Church Saint Peter and Paul
Gereja Saint Peter and Paul ialah salah satu gereja Catholic yang tertua di Singapore dan merupakan salah satu lokasi yang paling menarik sempat saya lawati dengan bahagian luarnya bertemakan seni bina gothic amat mencuri perhatian.
Bahagian dalamannya pula serba putih dan saya amat menyukai stained glass di tingkap gereja ini. Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika berada di dalam gereja ini dengan suasana yang tenang lagi menyamankan.
Singapore sememangnya berada di dalam kelasnya yang tersendiri dan bagi saya cara yang terbaik untuk terokai bandar ini adalah dengan berjalan kaki. Dan pastikan anda mengambil masa untuk terokai bandar ini dengan lebih dekat kerana di setiap sudut terdapat keunikannya yang tersendiri.
More Articles With Activities
It’s no secret that school can be very stressful. In fact, 50% of Malaysians aged 13 to 17 suffer from mental health issues caused by school-related stress. With such alarming statistics, it’s imperative that students get much needed R&R during the Malaysian school holidays. With the March Holidays coming up, parents should take the opportunity… Continue reading School Holidays are in! 8 Family-Friendly Holiday Destinations from Malaysia to Spend Quality Time in (2020)
Though Belfast is Ireland’s second-largest city in Ireland, it isn’t a popular travel destination. Having been long linked to conflict and the ill-fated Titanic, it can be hard imagining the fun things one could do in Belfast. Lately, though, it’s been picking up in popularity all thanks to having years of peace in recent times and its… Continue reading Travel Guide to Ireland: Things to Do in Belfast
Bermula daripada reka-bentuk banggunan lama dengan pengaruh dari budaya Cina dan Jepun, lampu tanglong digantung menghiasai sekitar kawasan pekan, semuanya tentang pekan Hoi An membuatkan saya berasa seperti berada pada suatu zaman yang berbeza. Antara perkara menarik yang saya lakukan sepanjang 3 hari berada di sini adalah: Banh Mi Terbaik di Vietnam Sepanjang perjalanan di… Continue reading 9 Aktiviti Menarik di Hoi An Selama 3 Hari 2 Malam
The city of Ho Chi Minh is an intoxicating mix of bustling metropolis, sleepy Southeast Asian vibes, and colonial French flair. The lands that surround the city are abundant with farms that supply the freshest produce which is then transformed into sumptuous dishes like pho, banh mi, spring rolls, claypot rice, and so much more.… Continue reading Best Food in Ho Chi Minh: A Foodie’s Guide
Mencari satu kelainan di Johor selain cafe-hopping? Bagi kebanyakan orang dari luar Johor mungkin merasakan seperti tidak ada apa untuk dilakukan di Johor. Namun hakikatnya terdapat banyak perkara menarik dan seronok yang boleh anda lakukan di Johor Bahru yang tidak diketahui ramai! Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di Johor selain minum kopi di kafe:… Continue reading 10 Tempat Menarik Johor – Sangat Best & Bajet!